Sunday, 18 October 2015

Ujian USIM 2(Kolej Permata Insan)

Assalamualaikum^__^ Semalam 17 oktober 2015, Syaz telah pergi ke Universiti  Sains Islam Malaysia di Bandar Baru Nilai.Syaz ke sana untuk menduduki Ujian USIM 2.Syaz sampai di USIM pada pukul 9 pagi(agak lambat heheh) Sesampai sahaja Syaz disana,orang(x tau nak panggil apa hahhah) yang jaga kaunter pendaftaran tu segera membawa Syaz masuk ke dalam tempat peperiksaan(itu kelas yang diguna oleh pelajar Kolej Permata Insan ) Sementara Syaz jawap ujian tu,para ibu bapa diinterview.Ujian tu start dari pukul 9.10-10.40 am.Ujian tu terdiri daripada soalan tajwid,tauhid,feqah,bahasa arab,bahasa inggeris dan jawi.Bagi Syaz ujian tu taklah susah sangat dan taklah senang sangat 😂.Lepas habis jawap ujian,Syaz pergi ke bilik menunggu untuk diinterview pula.Syaz dapat panel 9.Satu panel 6 orang.Syaz orang yang ke-5 dalam panel 9 tu(such a lucky number hehe) Dalam panel Syaz,4 lelaki dan 2 perempuan.Interview tu cuma dia bagi 30 minit untuk hafal satu muka surat al-quran (muka surat tu dipilih secara random oleh ustazah panel 9 tu) Hafal sampai mana yang boleh dihafal.Huhuhu Syaz cuma dapat hafal 11 ayat je 😭 itupun ada yang tergagap sikit. Lepas hafal,baca mana2 surah dalam al-quran pula,lepastu describe diri sendiri.Tu je.Korang semua doakan Syaz dapat masuk Kolej Permata Insan tu ye 😄.
P/s: Syaz tak sempat nak bergambar di KPI tu. Tapi bapa Syaz sempatlah selfie disitu heheh.😅

No comments:

Post a Comment